fbpx
Gambar hiasan

Pemandu lori tipper pandu melulu rupanya positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu lori ‘tipper’ yang menghalang penjawat awam selain memandu melulu sehingga hampir melanggar anggota polis di kawasan Plaza Tol Jawi di sini, kelmarin berjaya ditahan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, hasil risikan lanjut, warga tempatan berusia 24 tahun itu ditahan di Padang Serai, Kedah.

“Dalam kejadian terbabit, sebuah lori dipandu secara berbahaya dan hampir merempuh anggota polis, melanggar palang tol serta lampu isyarat merah.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek yang disyaki pemandu kenderaan terbabit turut didapati positif dadah jenis amphetamine dan metgaphetamine,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, polis memaklumkan Op Bersepadu dan Op Samseng Jalanan yang berlangsung pada malam Sabtu telah menahan seorang daripada dua pemandu lori ‘tipper’ yang terlibat dalam kejadian itu.

Lori berkenaan melanggar lampu isyarat merah di Bukit Panchor dan hampir merempuh anggota polis yang bertugas, malah pemandu lori itu turut memandu secara berbahaya sehingga ke Jalan Transkrian sebelum ditahan dengan bantuan kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal polis di Jalan Sungai Duan, Kampung Ladang Kalidonia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI