fbpx
MAIGNAN muncul dalam senarai pemain yang diburu United selepas prestasi kurang memuaskan Onana dan Bayindir. - AFP

Man. United rancang pertukaran ‘blockbuster’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United dilaporkan sedang menyiapkan rancangan untuk melakukan pertukaran ‘blockbuster’ melibatkan pemainnya untuk membawa masuk salah seorang penjaga gol terbaik dari Serie A.

Pengendali United, Ruben Amorim masih berminat untuk mendapatkan khidmat seorang penjaga gol apabila dua pemain sedia ada, Andre Onana dan Altay Bayindir gagal mempamerkan aksi terbaik.

United sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan Emiliano Martinez dan Gianluigi Donnarumma selain pilihan yang lebih murah adalah penjaga gol Royal Antwerp, Senne Lammens.

Bagaimanapun, United cuba meneroka pilihan yang lebih jimat melibatkan pertukaran pemain memandangkan mereka telah membelanjakan hampir £200 juta (RM1.14 bilion) pada jendela perpindahan kali ini.

Ketua pasukan pemantau bakat United, Christopher Vivell dikatakan sedang meneroka potensi untuk mendapatkan khidmat penjaga gol AC Milan, Mike Maignan dengan kesediaan mereka melepaskan Rasmus Hojlund ke San Siro.

Cadangan tersebut dianggap tidak mustahil ketika Maignan, 30, hanya memiliki baki kontrak sehingga musim panas tahun depan bersama Milan, selain gergasi Itali itu juga dilaporkan berminat untuk membawa masuk Hojlund.

Bagaimanapun, perpindahan itu tidak mudah apabila Milan sukar untuk melepaskan penjaga gol utama mereka itu, manakala Hojlund sedia kekal di Old Trafford untuk merebut tempat sebagai penyerang utama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN