fbpx
Mustapha semasa merasmikan Majlis Pelancaran Pertubuhan Muafakat JPPKK dan Penyerahan Sumbangan Zakat Wakalah IPT 2025 di Hotel Seri Pacific hari ini.

Semua pihak perlu bantu pelajar TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerjasama strategik antara industri, kementerian serta institusi pendidikan mampu membawa perubahan besar kepada kehidupan ribuan pelajar dan keluarga mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, sumbangan daripada sektor industri bukan sekadar angka semata-mata, sebaliknya ia merupakan tanda keprihatinan terhadap kebajikan serta pembangunan akademik pelajar khususnya dalam aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurutnya, sumbangan seperti zakat wakalah dan sokongan program latihan serta kolaborasi pintar dapat memperkukuh usaha memperkasakan pelajar institusi TVET di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

“Sumbangan ini mencerminkan kejayaan perkongsian pintar yang kita impikan, iaitu kerjasama yang bukan sahaja melibatkan kewangan, malah merangkumi latihan, program serta penciptaan idea baharu.

“Saya menyeru lebih banyak rakan strategik tampil menyokong Pertubuhan Muafakat JPPKK agar lebih ramai pelajar mendapat manfaat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pertubuhan Muafakat JPPKK dan Penyerahan Sumbangan Zakat Wakalah IPT 2025 di sini hari ini.

Tambah beliau, apabila sektor pendidikan dan industri bergerak seiring, ia bukan sahaja memacu kemajuan akademik, malah memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.

Majlis turut menyaksikan penyerahan zakat wakalah kepada pelajar dan institusi JPPKK yang menerima manfaat secara langsung daripada sumbangan pelbagai pihak industri.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI