fbpx
YUSLIZA (dua dari kanan) dan Nik Sulaiman (tiga dari kanan) ketika anaknya ditemui lemas di Sungai Kampung Delong, Dungun, Terengganu.

Jasad Nik Zhariff timbul sejurus ibu berdoa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Mayat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dibawa arus setelah mandi sungai bersama rakan di Sungai Delong di sini pada Sabtu lalu ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat Nik Zariff Maliqi Qausar Nik Sulaiman ditemui pada pukul 8.25 pagi.

Beliau berkata, mayat murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Delong pada kedudukan kira-kira 700 meter dari lokasinya dilaporkan lemas.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan mayat Nik Zariff yang merupakan anak ketiga dari lima beradik timbul tidak lama selepas ibunya, Yusliza Jusoh, 45, berdoa di tebing sungai.

Terdahulu mangsa dilaporkan hilang dibawa arus deras ketika mandi bersama empat rakannya di Sungai Delong pada pukul 5.45 petang, Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI