WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyerahkan sepucuk surat kepada rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin yang ditulis oleh isterinya, Melania Trump.
Surat itu diserahkan ketika kedua-dua pemimpin tersebut bertemu pada sidang kemuncak di Alaska, dengan Wanita Pertama AS membuat rayuan agar Putin berdamai atas nama kanak-kanak.
Pejabat Wanita Pertama semalam menyiarkan semula laporan saluran berita Fox News di platform X yang mengandungi surat itu, sehari selepas Trump dan Putin bertemu.
Putin dilaporkan membaca ‘surat keamanan’ tersebut sejurus selepas Trump menyerahkan kepadanya, sambil dilihat oleh kedua-dua delegasi.
“Dalam dunia hari ini, sebilangan kanak-kanak terpaksa ketawa dengan perlahan, tidak disentuh oleh kegelapan di sekeliling mereka,” kata surat tersebut tanpa menyebut nama Ukraine.
“Putin, anda sendiri boleh memulihkan tawa mereka yang merdu.
“Dalam melindungi kanak-kanak tidak bersalah ini, anda akan melakukan lebih daripada berkhidmat kepada Russia sahaja. Anda berkhidmat kepada manusia itu sendiri.
“Idea yang begitu berani mengatasi semua perpecahan manusia, dan anda, Putin, sesuai untuk melaksanakan visi ini dengan satu (permeteraian) pena hari ini. Sudah tiba masanya,” tulis Melania. – AFP