fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Mia H. di platform TikTok menunjukkan neneknya bermain pickleball sambil berbaju kurung.

[VIDEO] Nenek main pickleball pakai baju kurung, curi tumpuan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi lincah seorang warga emas bermain sukan pickleball sambil mengenakan baju kurung menarik perhatian netizen selepas video tersebut dimuat naik di platform TikTok.

Menerusi perkongsian oleh pengguna @Mia H., warga emas berusia 84 tahun itu yang mesra dipanggil Opah dilihat teruja menyertai permainan tersebut bersama ahli keluarganya di sebuah gelanggang tertutup.

“Opah rasa ini dunia Opah,” tulis kapsyen di video berkenaan, yang kini meraih lebih 16,000 tanda suka dan lebih 400 perkongsian sejak dimuat naik 19 jam lalu.

Menariknya, Opah yang lengkap berbaju kurung tampil yakin dan fokus ketika memegang raket serta memukul bola, sekali gus mencuit hati ramai pengguna media sosial.

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Wahhh Opah pandai main, siap pakai baju kurung tu,” komen @Handmadebag.

“Dia lagi pandai main dari aku,” ujar @dean wahap pula.

“Comelnya Opah!” Kata @Ddddd.- KOSMO! ONLINE.

@shmiyara My 84 year old Opah wanted to join us play #pickleball ♬ On Melancholy Hill – Gorillaz

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI