fbpx
Gambar hiasan. - Getty Images

Maut akibat pegang ‘rattlesnake’ ketika mendaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GRUNDY, TENNESSEE – Seorang lelaki maut akibat dipatuk seekor ular berbisa selepas memegang reptilia itu ketika mendaki di sebuah kawasan hutan di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) lapor akhbar New York Post semalam. 

Kejadian berlaku di Savage Gulf State Park pada 8 Ogos lalu. 

Mangsa dilaporkan mengutip seekor ular orok-orok (rattlesnake), di mana racunnya cukup kuat untuk membunuh manusia, demikian menurut Zoo Negara AS. 

“Beberapa saksi memberitahu bahawa tangan mangsa dipatuk oleh spesies itu semasa ia dikutip. 

“Dia dipercayai mengalami alahan, meskipun punca sebenar kematiannya masih belum dikenal pasti,” kata Agensi Pengurusan Kecemasan Daerah Grundy, Matthew Griffith. 

Pasukan bomba dan penyelamat, renjer taman dan agensi lain tiba ke lokasi kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan). 

Mangsa diberikan bantuan pernafasan dan dibawa ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.  

Masih belum jelas punca dia mengutip ular itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI