fbpx
BALEBA dilapor berminat untuk menyertai United, namun bersedia untuk kekal di Brighton sehingga masa yang sesuai. - AFP

EPL: Impian Baleba ke Old Trafford lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Harapan Manchester United untuk membawa masuk Carlos Baleba sebelum jendela perpindahan ditutup hampir terkubur selepas Brighton menolak sebarang rundingan.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu sebenarnya menjadi sasaran utama United untuk mengisi posisi No. 6 dan rundingan awal sudah dijalankan melalui perantara sebelum kedua-dua kelab berbincang secara langsung.

Namun, Brighton kekal dengan pendirian mahu mengekalkan Baleba sekurang-kurangnya semusim lagi, malah hanya akan mempertimbangkan tawaran sekitar £115 juta (RM656.49 juta) seperti yang pernah dibayar Chelsea bagi Moises Caicedo.

Jumlah tersebut jauh melebihi bajet United yang mahu lebih berhemah dari segi kewangan selepas berbelanja besar musim panas ini ke atas Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Benjamin Sesko.

Difahamkan, Baleba sendiri berminat berpindah ke Old Trafford dan tidak akan menghadapi masalah persetujuan peribadi, namun dia bersedia menunggu masa lebih sesuai untuk merealisasikan perpindahan itu.

Bintang Cameroon itu mencatat 40 penampilan musim lalu dengan empat gol serta dua bantuan jaringan, menjadikannya antara pemain tengah muda paling bernilai dalam liga.

Baleba menyertai Brighton dari Lille pada Ogos 2023 dengan yuran hampir £26 juta (RM148 juta) dan sejak itu mengumpul 77 penampilan, ketika kelab menyaksikan beberapa tonggak utama seperti Joao Pedro, Simon Adingra dan Pervis Estupinan meninggalkan pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN