fbpx
Ahmad Zahid (dua dari kanan) beramah mesra dengan bekas Tajuddin (tiga dari kanan) dan Khairul Azwan di Pasir Salak hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Ahmad Zahid nasihatkan Tajuddin, Khairul Azwan berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR SALAK – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun agar berdamai demi masa depan parti.

Beliau berkata, kesepakatan antara dua tokoh politik itu akan membantu UMNO untuk merampas semula kerusi Parlimen Pasir Salak dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Yang sudah itu sudahlah. Kita pergi ke jalan yang baharu. Tengok muka saya ini. Saya pun anak Perak juga, anak Seberang Perak. Tolonglah saya.

“Insya-Allah kita akan capai kemenangan jika kita mewujudkan kesepakatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih Interim 1/2025 Projek-projek Peserta Felcra Berhad di Pekarangan Pusat Benih Padi, Felcra Plantation Sdn. Bhd., Felcra Berhad Seberang Perak, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid merangkap Menteri KKDW mengumumkan, Pusat GiatMara Pasir Salak yang sebelum ini menyewa bangunan lama akan berpindah ke lokasi baharu di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI