fbpx
SEJUMLAH penumpang berjalan di landasan. - Foto Tangkap Layar/The Online Citizen

Penumpang LRT jalan kaki di landasan, perkhidmatan tergendala 4 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) terpaksa berjalan kaki di landasan susulan gangguan bekalan elektrik di laluan LRT Sengkang-Punggol, Singapura semalam, lapor saluran  berita MediaCorp.

Kejadian berlaku selang tiga hari selepas gangguan perkhidmatan di LRT Sengkang-Punggol dan Laluan Timur Laut (NEL) pada Selasa lalu.

Perkhidmatan LRT Sengkang-Punggol itu bagaimanapun disambung semula sepenuhnya sekitar empat jam selepas ia mengalami gangguan bekalan elektrik.

Gangguan  itu menyebabkan perkhidmatan LRT laluan tersebut tergendala pagi semalam.

Akhbar  Berita Harian Singapura memetik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SBS Transit, Jeffrey Sim sebagai berkata, masalah itu bermula sekitar pukul 8.40 pagi yang menjejaskan semua 29 stesen di laluan tersebut.

Beliau berkata, laporan awal mendapati kerosakan kabel antara dua stesen telah menyebabkan tenaga elektrik di rangkaian LRT tersebut terputus, mengakibatkan 10 kereta api terhenti di landasan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI