fbpx
Rafizi.

Patriotisme bukan sekadar mengibar bendera – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pandan menegaskan, patriotisme bukan sekadar mengibarkan bendera tetapi bagaimana kita membina asas negara ini melalui anak-anak.

Jelas Datuk Seri Rafizi Ramli, bagi mengembalikan semangat itu, perkara yang perlu dilakukan adalah memastikan sistem pendidikan kita betul-betul melahirkan anak muda yang berdaya saing dan berjiwa besar.

“Kerja Menteri Pendidikan bukan sekadar urus pentadbiran, tetapi membina sistem yang boleh mengeluarkan yang terbaik daripada setiap anak Malaysia.

“Di situlah letaknya makna patriotisme sebenar iaitu membentuk masa depan negara melalui generasi baru,” katanya pada hantaran di laman Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, semua pihak tidak perlu menyempitkan tentang patriotisme hanya satu model atau satu cara sahaja.

“Ada macam-macam cara untuk zahirkan kecintaan kepada negara. Di sekolah dulu, kita semua diajar untuk lakukan yang terbaik dalam setiap perkara.

“Bila kita buat yang terbaik dalam kerja, dalam pelajaran, dalam hidup seharian, kesannya akan membentuk masyarakat yang lebih baik. Bagi saya, itu adalah patriotik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN