fbpx
SERAMAI 20 peserta menerima dana iTEKAD berjumlah RM100,000 bagi mengusahakan tanaman nanas MD2 di Chuping di sini hari ini.

iTEKAD ubah 20 asnaf, veteran tentera jadi usahawan nanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Sebanyak 20 usahawan tani terdiri daripada golongan asnaf, B40 dan veteran tentera menerima suntikan semangat baharu apabila dipilih menyertai projek penanaman nanas MD2 di Chuping menerusi geran iTEKAD bernilai RM100,000.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, bantuan itu membolehkan penerima memulakan langkah sebagai kontraktor tani dengan sokongan modal asas dan kemudahan ladang kontrak.

“Setiap peserta menerima geran RM5,000 untuk membeli peralatan tambahan bagi mengusahakan lot tanah seluas lima ekar yang disewa daripada Felda Global Ventures (FGV).

“Selain itu, Agrobank turut menyediakan kemudahan pembiayaan sehingga RM280,000 bagi menampung modal permulaan projek nanas MD2 ini,” katanya.

Projek ladang kontrak itu dijalankan bersama Aqina Fruits Sdn. Bhd. dengan peruntukan keseluruhan RM24 juta merangkumi lokasi Chuping, Beaufort dan Pekoti.

“Projek ini bukan sekadar memperkasa usahawan B40, malah berpotensi meningkatkan pengeluaran nanas negara sekali gus membuka pasaran eksport. Inilah peluang untuk Perlis muncul sebagai salah satu pusat pengeluaran nanas premium,” ujarnya.

Inisiatif iTEKAD turut merangkumi pembiayaan mikro dan latihan kewangan, menjadikannya pemangkin pembangunan sosioekonomi komuniti tani yang lebih berdaya saing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI