PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki ‘diganggu’ semasa sedang tidur, dikatakan selepas dia menunaikan solat jenazah di masjid dalam kejadian pada minggu lalu.
Menerusi video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsikan ibu kanak-kanak tersebut pada TikTok Diella Hairilah Enterprise memperlihatkan anak wanita itu sedang tidur di ruang tamu.
Secara tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak itu menjerit-jerit dan dia kelihatan bergerak ketika baring di situ.
“Kejadian berlaku pada anak Kak Diella Khamis malam Jumaat, minggu lepas. Dia balik dari masjid lepas tu cerita yang dia solatkan jenazah.
“Ada orang meninggal katanya. Kak Diella suruh dia terus masuk mandi. Malam tu juga perkara aneh mengganggu dia buat pertama kali. Masya-Allah, doakan kami sekeluarga baik-baik saja,” katanya pada kapsyen video.
Orang ramai meninggalkan pelbagai maklum balas selain ada yang seram melihat video rakaman CCTV berkenaan.
“Adoi seramnya lahai. Nampak benda putih masuk dalam selimut dia,” dakwa seorang pengguna TikTok.
“Anak tunjuk ada tiga entiti dalam rumah ni,” dakwa seorang lagi individu selepas menonton video CCTV tersebut.
“Dulu masa kecil, adik saya pergi tengok orang meninggal, mandi jenazah segala. Balik rumah dia cerita, esoknya demam menggigil. Jumpa doktor tak mahu baik. Arwah abang panggil ustaz datang rumah, tapi ustaz tak masuk.
“Depan pintu dia berhenti, dia cakap ada ikut balik ni, nak tuan baru. Lepas tu arwah abah cerita lah, rupa-rupanya orang meninggal yang adik pergi tengok urusan jenazah dia tu ada bela hantu raya. Belaan dia tu cari tuan baru, dia ikut adik balik.
“Jenuh juga berubat adik, ‘dia’ tak mahu pergi, nak tuan baru. Kalau sekarang cerita balik, adik cakap tak mahu ingat,” cerita seorang pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
@diella_hairilah Allahuakbar…Subhanallah..😰😰kejadian berlaku pd anak kak diella khamis malam jumaat minggu lepas🥹😢die balik dari masjid pastu cerita yg die solatkan jenazah..Ada org meninggal kata nya..kak diella suh die terus masuk mandi..Malam Tu jugak perkara aneh yg menggangu die buat pertama Kali..MasyaaAllah🥹Doakan Kami sekeluarga baik2 saja🤲😢😢 #fypage #fy #fylpシ #kisahseram ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound