fbpx
Jenazah Mohd Zainudin Che Yunus dibawa keluar dari Bilik Forensik untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Selarong, Pengkalan Hulu selepas asar petang ini.

‘Tiga hari kami cari abang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING –  “Tiga hari kami bertungkus lumus mencari abang, Mohd Zainudin Che Yunus, 41, di serata tempat, tidak sangka abang meninggal dunia di kawasan air terjun berhampiran Kampung Teluk Sanau,” kata Shafiee Suhaimi,36.

Shafiee berkata, tiga hari lepas mereka berdua ke hutan Gunung Inas untuk mencari petai hutan dan ulam-ulaman serta hasil-hasil hutan, hampir waktu senja mereka mahu bergerak pulang ke rumah mereka di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu.

“Waktu itu hampir senja itu, saya dan abang bergerak keluar dari kawasan hutan itu untuk balik ke rumah, saya berhenti seketika menunggu abang di belakang, abang kemudian berjalan terus seolah-olah tidak nampak saya sedang menunggunya.

“Saya memanggilnya tetapi tidak diendahkannya dan terus berjalan masuk ke kawasan hutan, saya ingatkan dia terus balik rumah, apabila sampai di rumah saya terus ke biliknya tetapi tiada, bermakna dia tidak balik dan kemungkinan sesat ke dalam hutan,” kata Shafiee ketika ditemui di Bilik Forensik, Hospital Daerah Baling.

Menurutnya, keesokkan hari, dia dan keluarga termasuk orang kampung berhampiran hutan itu mulai mencarinya di dalam hutan tersebut sehinggalah ke kawasan air terjun.

Setelah dua hari mencarinya, awal pagi tadi, mereka menjumpainya duduk di atas batu dalam keadaan tidak sedarkan diri lalu menghubungi pasukan bomba dan penyelamat serta polis untuk meminta bantuan.

“Sebelum ini kami tidak pernah ke kawasan hutan ini, ini baharu pertama kali, biasanya kami ke tempat lain untuk mencari hasil-hasil hutan, tak sangka akhirnya abang hilang dan ditemui meninggal dunia di kawasan air terjun itu,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI