fbpx
Mayat mangsa yang dijumpai di dalam sawah padi di Ladang Padang Merdeka, Jelawat dekat Bachok hari ini. FOTO IHSAN PEMBACA

Semalaman tidak pulang, lelaki dijumpai maut dalam sawah padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak malam tadi dijumpai maut di dalam sawah padi selepas dipercayai diserang sawan semasa memancing di kawasan tersebut di Ladang Padang Merdeka, Jelawat di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 22 tahun yang beralamat di Kampung Kuchelong di sini ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan tertiarap di dalam sawah padi itu kira-kira pukul 9 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd. Azrie Sulaiman berkata, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Jelawat bersama Pegawai Penyiasat Jenayah Daerah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa berada dalam keadaan tertiarap dengan sebahagian mukanya terendam di dalam selut dengan kedalaman paras air kira-kira 30 sentimeter.

“Tiada sebarang kesan kecederaan luaran atau petunjuk yang menjurus kepada perlakuan jenayah ditemui di lokasi kejadian.

“Selain itu, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR bersama peralatan memancing yang dipercayai milik mangsa turut ditemukan di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Azrie memberitahu, keterangan awal daripada ahli keluarga memaklumkan bahawa mangsa menghidap penyakit sawan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, lelaki itu kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya untuk memancing kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dekat sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN