fbpx
Julina berucap semasa Perhimpunan Pagi Hospital Rehabilitasi Cheras dan Sesi Penyerahan Kit Jalur Gemilang di Auditorium Hospital Rehabilitasi Cheras.

Petugas hospital juga pejuang negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Petugas kesihatan turut memainkan peranan sebagai pejuang negara yang berjuang setiap hari dengan ilmu, kemahiran dan empati dalam usaha memulihkan kesihatan rakyat.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Julina Johan menegaskan demikian ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Pagi Hospital Rehabilitasi Cheras dan Sesi Penyerahan Kit Jalur Gemilang di Auditorium Hospital Rehabilitasi Cheras, hari ini.

“Mereka bukan berjuang dengan senjata, tetapi dengan ilmu dan kemahiran untuk membantu rakyat kembali sihat. Ini juga satu bentuk perjuangan untuk negara,” katanya.

Beliau berkata, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bukan sahaja menjadi pusat rawatan dan pemulihan fizikal, malah berperanan memulihkan keyakinan diri pesakit serta keluarga.

Katanya, semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh warga kerja hospital amat bertepatan dengan nilai kemerdekaan negara dan seharusnya dihargai sebagai wira tidak didendang.

“Ini adalah semangat kemerdekaan sebenar apabila kita menyumbang dengan penuh dedikasi demi rakyat dan negara,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar kisah-kisah pengorbanan warga kesihatan dikongsi lebih meluas agar masyarakat sedar tentang pentingnya peranan mereka dalam membina negara bangsa yang sihat dan berdaya tahan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI