fbpx
GAMBAR fail 23 Mac 2022 menunjukkan logo Whatsapp dan Telegram. – AGENSI

Russia sekat panggilan WhatsApp, Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Russia mengumumkan sekatan ke atas panggilan pada aplikasi permesejan WhatsApp dan Telegram semalam dengan tujuan  memerangi jenayah, lapor media kerajaan.

“Bagi memerangi penjenayah, langkah-langkah diambil untuk menyekat panggilan pada aplikasi permesejan asing ini (WhatsApp dan Telegram),” kata seorang pengawal selia komunikasi seperti dipetik agensi berita RIA dan TASS.

Aplikasi permesejan menjadi ‘perkhidmatan suara utama yang digunakan untuk penipuan, pemerasan dan untuk melibatkan rakyat Russia dalam aktiviti subversif serta pengganas, tambahnya.

Perkhidmatan keselamatan Kremlin mendakwa bahawa Ukraine menggunakan Telegram untuk merekrut individu bagi melakukan tindakan sabotaj di Russia.

Moscow mahu aplikasi permesejan menyediakan akses kepada data atas permintaan penguatkuasa undang-undang, bukan sahaja untuk siasatan kes penipuan tetapi juga untuk menyiasat aktiviti yang Russia sifatkan sebagai kegiatan pengganas.

“Akses kepada panggilan dalam aplikasi permesejan asing akan dipulihkan selepas mereka mula mematuhi undang-undang Russia,” kata Kementerian Digital Russia.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP, Telegram berkata bahawa ia ‘aktif memerangi penyalahgunaan platformnya, termasuk panggilan untuk tujuan sabotaj atau keganasan serta penipuan dan membuang ‘jutaan kandungan berbahaya setiap hari’.

Sejak melancarkan serangan ke atas Ukraine, Russia menyekat secara drastik kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara dalam talian.

Lebih 100 juta orang di Russia menggunakan WhatsApp untuk mesej dan panggilan. Platform  itu bimbang bahawa langkah terbaru Kremlin adalah usaha untuk mendorongnya supaya  lebih terdedah kepada pengawasan kerajaan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN