fbpx
Shahlan

‘Plot twist’ naratif jijik, fitnah ibu Zara Qairina – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyifatkan, ‘plot twist’ mengaitkan ibu pelajar tersebut merupakan satu naratif jahat dan jijik, direka untuk memfitnah anak guamnya serta arwah.

Perkara itu ditegaskan oleh pasukan peguam keluarga berkenaan, Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd. Luqman Syazwan Zabidi, Mohd. Syarulnizam Mohd. Salleh dan Farrah Nasser menerusi satu kenyataan hari ini.

Pasukan peguam tersebut berkata, sidang media oleh Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar semalam, membuktikan ‘plot twist’ ditularkan beberapa minggu lalu kononnya anak guam mereka, Noraidah Lamat menjadi punca kematian Zara adalah tidak benar.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau, JSJ Bukit Aman dan Pasukan Petugas Khas kerana bertindak pantas menyiasat kematian Zara.

“Kepada mana-mana individu mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan polis, kami merayu agar anda tampil ke hadapan. Salurkan maklumat anda kepada polis.

“Jika anda takut atau memerlukan bantuan untuk berbuat demikian, anda boleh berjumpa dengan kami,” menurut kenyataan berkenaan.

Pihak peguam berkata, berdasarkan sidang media semalam, antara pendedahan dibuat hasil siasatan Pasukan Petugas Khas JSJ Bukit Aman ialah wujud keterangan-keterangan menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara.

“Jika keterangan di atas boleh dipercayai di mahkamah, kami mencadangkan kepada Jabatan Peguan Negara mendakwa individu atau individu-individu dalam keterangan berkenaan yang melakukan buli di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

“Di bawah seksyen ini, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Apabila langkah ini diambil, inkues tidak perlu lagi diadakan,” kata pasukan peguam keluarga Zara.

Bagaimanapun, sekiranya keterangan itu tidak kuat atau tidak mencukupi bagi membentuk satu kesalahan di bawah seksyen berkenaan, siasatan lanjut perlu diteruskan bagi memperkuatkan keterangan tersebut.

“Dalam keadaan ini, inkues perlu diadakan serentak dengan penyiasatan lanjut, manakala pendakwaan boleh dilakukan kemudian,” tegas mereka.

Sementara itu, pasukan peguam keluarga Zara turut berterima kasih dan menghargai seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dan berdoa mencari keadilan untuk Zara.

“Elakkan membuat spekulasi tidak benar tentang kes kematian Zara,” kata mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI