fbpx
Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya parah selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ER250-C yang dinaiki terbabit kemalangan di kilometer 231.6, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, malam semalam. - Foto PDRM

Isteri maut, suami parah, motor Kawasaki terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya parah selepas motosikal berkuasa tinggi Kawasaki ER250-C yang dinaiki terbabit kemalangan di kilometer 231.6, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal yang ditunggang telah hilang kawalan dan terbabas di lorong kecemasan.

Menurutnya, susulan itu, pembonceng iaitu si isteri berusia 69 tahun telah tercampak di lorong kiri jalan dan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kaki serta tangan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“‎Manakala, penunggang iaitu lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan masih mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Alor Gajah.

“Mayat telah di bawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat pagi ini bagi mengetahui punca kematian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI