fbpx
Norizan menunjukkan kesan korekan tanah yang dijumpai di lokasi penemuan mayat bayi lelaki di taman permainan PPR Gua Musang, Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

Mayat bayi berlumuran darah dijumpai di PPR Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Mayat bayi lelaki berlumuran darah yang dibaluti kain lampin dijumpai di taman permainan kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di sini semalam.

Bayi itu ditemukan dua remaja lelaki ketika mereka berehat di lokasi tersebut pada pukul 10.30 malam.

Seorang peniaga, Fauziah Abdullah, 45, berkata, dia difahamkan salah seorang daripada mereka terpijak objek lembik sebelum mendapati ia adalah kaki mayat bayi tersebut.

“Mereka segera memaklumkan penemuan bayi itu kepada penduduk sebelum membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui hari ini.

Fauziah berkata, ketika kejadian, dia berada di kedai runcit yang terletak dua meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, tukang cuci, Norizan Esa, 52, berkata, kejadian tersebut mengejutkan penduduk kerana pertama kali berlaku di kawasan perumahan berkenaan.

“Saya tahu mengenai kejadian ini pada pukul 7 pagi selepas melihat perkongsian gambar bayi berbalut kain dengan kesan darah dalam WhatsApp.

“Lokasi bayi itu dijumpai merupakan tempat saya dan rakan-rakan menyapu setiap hari. Lokasinya terletak berhampiran tong sampah dan ada kesan korekan tanah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan penemuan mayat bayi itu dan memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI