fbpx
GAMBAR fail Julai 2024 menunjukkan SolarStratos menuju ke Lapangan Terbang Sion di Switzerland. – AFP

Pesawat solar capai ketinggian lebih 8,000 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA – Juruterbang Switzerland, Raphael Domjan berada kira-kira 1,000 meter lagi untuk mencatat rekod ketinggian baharu bagi pesawat berkuasa solar kelmarin ketika dia mengejar matlamat melepasi ketinggian 10,000 meter.

Domjan, 53, menerbangkan pesawat elektrik, SolarStratos pada ketinggian 8,224 meter dalam penerbangan yang berlangsung kira-kira empat setengah jam, kata pasukannya kepada wartawan, selepas dia mendarat semula di lapangan terbang Sion, barat daya Switzerland.

Pesawat itu akan dibiarkan di bawah sinaran matahari untuk mengecas semula bateri sehingga 100 peratus sebelum percubaan seterusnya.

SolarStratos merupakan pesawat dua tempat duduk dilengkapi panel solar spesifikasi tinggi. Ia meliputi sayapnya yang sepanjang 24.8 meter.

Rekod ketinggian semasa untuk pesawat berkuasa solar ialah 9,235 meter yang dicatatkan pada 2010 oleh pesawat Solar Impulse, diterbangkan oleh juruterbang Switzerland, Andre Borschberg.

Domjan menyasarkan untuk mencapai altitud 10,000 meter atau lebih tinggi dan terbang pada ketinggian sama dengan pesawat penumpang. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI