fbpx
KOK MING dituduh memperdaya empat warga asing berjumlah RM155,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

Pengarah syarikat didakwa ‘scam’ warga asing RM155,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah sebuah syarikat di Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dakwaan memperdaya empat warga asing termasuk rakyat Singapura wang berjumlah RM155,000, 11 tahun lalu.

Tertuduh, Chong Kok Ming, 54, yang juga merupakan penduduk tetap (PR) Singapura bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Kok Ming didakwa memperdaya dua individu wang berjumlah RM71,250 masing-masing dengan mengatakan mangsa bakal menerima saham serta dividen tahunan daripada sebuah syarikat berdaftar di Malaysia.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank beralamat di Taman Makmur, Batu Pahat pada 15 Oktober 2014.

Sementara itu, berdasarkan pertuduhan ketiga dan keempat, Kok Ming didakwa telah memperdaya dua lagi mangsa berlainan wang sebanyak RM6,250 masing-masing dengan mengatakan mangsa bakal menerima saham serta dividen tahunan daripada sebuah syarikat berdaftar di Malaysia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Chan Lee Lee manakala tertuduh diwakili peguam K. Veeranesh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI