fbpx
Kor Ming ketika menyampaikan ucaptama khas pada Majlis Perasmian ASEAN Sustainable Urbanisation Foruk (ASUF), ASEAN Governors and Mayors Forum (AGMF) dan Meeting of Governors and Mayors od ASEAN Capital (MGMAC) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI

Pembandaran Malaysia dijangka cecah 90 peratus menjelang 2050

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal berdepan lonjakan kadar pembandaran mencecah antara 85 hingga 90 peratus menjelang 2050, berbanding 77 peratus ketika ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, unjuran itu sejajar dengan trend global yang menunjukkan dua pertiga populasi dunia akan tinggal di kawasan bandar dalam tempoh 25 tahun akan datang.

“Apabila pembandaran semakin pesat, kita mesti menangani cabaran yang muncul bersamanya seperti kemampuan memiliki rumah, gentrifikasi, peluasan bandar tanpa kawalan (urban sprawl) dan kehilangan kawasan hijau.

“Kita mesti mengelakkan senario ‘kisah dua bandar’, di mana satu kawasan berkembang pesat manakala yang lain ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama khas pada Majlis Perasmian ASEAN Sustainable Urbanisation Foruk (ASUF), ASEAN Governors and Mayors Forum (AGMF) dan Meeting of Governors and Mayors od ASEAN Capital (MGMAC) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau menegaskan, cabaran ini seiring dengan tema utama ASEAN yang menekankan pembangunan bandar inklusif dan mampan, agar semua lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat pembangunan.

Katanya, Malaysia akan terus memacu agenda ini melalui pelbagai inisiatif yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik, tetapi juga meningkatkan kualiti kehidupan bandar dengan perancangan infrastruktur hijau serta pengurusan sisa secara lestari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI