fbpx
Anwar (tiga dari kiri) hadir merasmikan Sidang Kemuncuk ASEAN AI Malaysia 2025 di MITEC, hari ini. - Foto ISKANDAR ISHAK

ILMU1.0, platform Chatbot AI bertaraf dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia kini berada di landasan untuk membangunkan model bahasa luas (LLM) bertaraf dunia melalui pelancaran Intelek, Luhur, Malaysia, Untukmu (ILMU 1.0).

ILMU 1.0 itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas merasmikan Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025, di sini, hari ini.

Dibangunkan oleh YTL Power, ILMU 1.0 menjadi tonggak pembentukan ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) negara melalui pelaburan menyeluruh dalam pusat data hijau dan pengkomputeran super AI.

Reka bentuk ILMU 1.0 menekankan kefasihan dalam Bahasa Malaysia, pemahaman budaya tempatan serta kebijaksanaan konteks, sekali gus memacu penerimaan AI oleh sektor perusahaan dan memupuk bakat tempatan.

Komitmen itu mengubah AI daripada sekadar pencapaian teknologi kepada keupayaan nasional yang menggerakkan infrastruktur lebih pintar, meningkatkan produktiviti dan membolehkan pertumbuhan inklusif.

Ia mencerminkan visi berani iaitu ‘Kecerdasan Buatan dibangunkan di Malaysia, oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia.

LLM boleh digunakan untuk pelbagai perkara selain ‘chatbot’ seperti melakukan terjemahan, ringkasan dokumen, carian pintar, penjanaan kod, analisis data dan banyak lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI