fbpx
Roslan ketika ditemui di Pusat Pemulihan Ghullam di Shah Alam, hari ini- Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/ KOSMO!

Gelap mata dapat RM6,000 sehari jual ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Upah lumayan sehingga RM6,000 sehari membuatkan seorang lelaki gelap mata apabila terlibat dalam penjualan ganja selama lima tahun bermula 2008.

Bekas banduan mahu dikenali Roslan, 34, berkata, pemilihan ‘kerjaya’ itu turut didorong susulan tahap pendidikan hanya sekadar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mahu berdikari tanpa bantuan ibu bapa.

Katanya, dia berkelana dari kampungnya di Melaka ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan.

“Memang susah dapat kerja pada hari pertama saya datang ke ibu kota pada tahun 2008. Lagipun keputusan SPM saya tidak memberansangkan.

“Selama tiga bulan saya tiada kerja tetap. Akhirnya saya berkenalan dengan seorang rakan yang menawarkan kerja sebagai ‘pusher’ dadah jenis ganja,” katanya.

Lelaki itu ditemui semasa lawatan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Ahmad Fauzi Awang di Pusat Pemulihan Ghullam (GRCC), di sini, hari ini.

Roslan mengakui pada awalnya agak risau dan takut kerana berisiko tinggi namun semuanya ‘hilang’ selepas memperoleh gaji RM3,000 sehari.

Ujarnya, habuannya makin meningkat dengan mampu menjana RM6,000 sehari dengan lingkungan jualan di sekitar Lembah Klang.

“Bos hanya membenarkan saya menjual ganja empat kali sebulan untuk mengelak dikesan polis.

“Namun, saya akhirnya ditangkap polis pada 2013 ketika menghisap dadah di sekitar Melaka dan dipenjara enam tahun,” katanya.

Jelas anak kedua daripada tiga beradik, dia kemudiannya nekad berubah dengan menjalani pemulihan di pusat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN