fbpx
SEBAHAGIAN tertuduh yang dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani setelah mengaku bersalah bermain judi di tempat terbuka, bulan lalu.

Tiga warga emas didenda RM1,500 main judi pakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Tiga warga emas antara enam lelaki yang didenda masing-masing RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah bermain judi di tepi jalan di Bandar Laguna Merbok, bulan lalu.

Mereka terdiri daripada Ch’ng Lye Beng, 83, serta Loh Hai Thong dan Lam Sin Taik, masing-masing berusia 60 tahun.

Tiga lagi ialah Ang Luck Hup dan Saw Bon Seong yang berusia 53 tahun serta Tew Soo Chea, 48, dan kesemua mereka dikenakan denda itu selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Radzi.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama didapati bermain judi pakau di tepi jalan di Bandar Laguna Merbok kira-kira pukul 10.40 malam, 10 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Rayam Adlin Sufiya Kamarulzzaman manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam, N. Nagarathinam.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,500 kepada setiap tertuduh dan penjara 14 hari jika gagal membayar denda selain mengarahkan wang tunai yang dirampas semasa serbuan itu dilucut hak kepada kerajaan.

Kesemua tertuduh menjelaskan denda yang dikenakan terhadap mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI