fbpx
NORA Ariffin sangat percaya, selago belum bercerai dia masih menghormati Rushdi sebagai suami.

‘Tidak ada hak halau suami, berdosa kalau buat begitu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dalam proses menuntut perceraian, penyanyi Datuk Nora Ariffin tetap membuka pintu rumah kepada suaminya, Dr. Rushdi Ramli atas dasar masih berstatus sebagai suami isteri.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, berkata selagi belum sah bercerai, dia tiada hak menghalang lelaki terbabit daripada pulang ke kediaman mereka.

“Saya sangat sibuk. Jadi, saya memang tidak ambil kisah sama ada dia datang atau tidak, saya tidak ambil peduli.

“Tetapi sebagai orang Islam, selagi tidak bercerai, saya tidak ada hak untuk menghalaunya. Berdosa pula saya kalau buat macam itu.

“Kita perlu menghormati. Walau bekas suami sekalipun, kita kena ada rasa hormat. Itulah prinsip saya. Selagi masih suami isteri, tidak boleh tutup pintu, berdosa,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, hari ini.

Mengenai perhubungan antara anak-anaknya dengan Rushdi, Nora berkata, mereka juga sentiasa menghormati lelaki yang dipanggil walid itu sehingga ke hari ini.

“Anak-anak berhubung seperti biasa dengannya. Mereka sedar dengan situasi dilalui kami ketika ini. Tiada halangan pun.

“Saya selalu pesan pada anak-anak, kita tidak mahu bergaduh. Anak-anak pun berpendirian sama, walau apa pun yang berlaku, mereka tetap hormat walid.

“Selama ini pun saya tidak pernah mengajar anak-anak untuk membenci atau bermusuh. Itu tidak boleh,” ujarnya.

Hari ini, Nora dan Rushdi hadir ke mahkamah untuk proses laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dan mahkamah menetapkan tarikh 3 September bagi proses hakam.

Nora ditemani kakak angkatnya, Rafeah Ariffin yang dipilih sebagai wakilnya, manakala Rushdi pula hadir bersendirian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI