fbpx
Gambar hiasan.

Hantaran berunsur jahat, bekas pembantu Ahli Parlimen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen ditahan polis kerana disyaki memuat naik video di Facebook yang mengaitkan individu tanpa kebenarannya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, perkara itu dikesan pengadu pada 30 Julai lalu selepas melihat hantaran video dimuat naik suspek di sekitar daerah ini.

“Suspek secara terangan menyebut nama pengadu di hantaran tersebut yang berunsur jahat dan mendedahkan pengadu kepada kemudaratan atau ancaman terbuka.

“Kesan hantaran tersebut menyebabkan komen kecaman dibuat oleh pengguna Facebook sehingga memberi tekanan, memudaratkan minda, reputasi serta psikologi pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di Pasir Mas, Kelantan sekitar pukul 11.30 pagi pada Jumaat lalu.

Katanya, polis turut merampas dua buah telefon bimbit dan suspek direman selama empat hari sehingga 12 Ogos ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Komunikasi dan Multimedia 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI