fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: Gaji guru Pasti rendah kerja empat jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Gaji guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) kendalian Pas rendah, tetapi terdapat imbuhan lain diberikan termasuk untuk tugas mengajar Iqra.

Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Che Sulaiman berkata, guru Pasti juga bekerja selama empat jam yang merupakan suatu tempoh yang amat singkat.

“Mereka bekerja empat jam, amat singkat dan sebenarnya banyak Pasti tampung dengan imbuhan lain seperti Iqra dan seumpamanya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mencelah perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa)

Terdahulu, Nik Nazmi berkata, kadar gaji guru Pasti antara RM600 hingga RM700 sebulan bukan tidak menepati perintah gaji minimum dan melanggar Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.

Menurutnya, berdasarkan statistik terbaru pada 2024, terdapat 2,497 Pasti di seluruh negara membabitkan 9,979 guru dan 125,065 pelajar.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan alasan Pas iaitu gaji rendah tersebut kerana guru Pasti bekerja secara sukarela.

Sementara itu, Mohd. Syahir berkata, Pasti tidak menggunakan dana cukai rakyat berbanding Kemas, prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) dan Tabika Perpaduan yang membantu mengurangkan beban fiskal kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI