fbpx
Ajai teruja dapat bekerjasama dengan Amira Othman yang disifatkan seorang wanita cukup istimewa. – ASTRO

‘Amira Othman bagus budaknya, dia sangat menghormati seni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Komposer terkemuka, Ajai memuji karakter penyanyi Amira Othman yang baru sahaja terlibat dalam penghasilan runut bunyi (OST) buat sebuah drama dengannya.

Menurut Ajai atau nama lengkapnya Mohamad Faizal Maas, 50, Amira seorang artis yang mudah bekerjasama serta sentiasa menghargai seni muzik.

“Saya bekerjasama dengan dia untuk pembikinan OST bagi sebuah drama dan saya hasilkan naskhah tersebut berdasarkan jalan cerita drama terbabit.

“Sebenarnya, mudah bekerjasama dengan Amira, bagus budaknya.

“Sopan dan sangat ‘soft spoken’ (bercakap lembut). Dia begitu menghormati seni,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang media Raise The Star Malaysia, semalam.

Pada masa sama, ahli kumpulan Exists itu memaklumkan Amira memiliki pengetahuan muzik yang mendalam.

“Saya suka artis yang memberikan pendapat, bukannya datang dan menyerahkan segalanya kepada komposer semata-mata.

“Dia juga ada ilmu tentang nota-nota muzik, bermakna dia bukan ‘kosong’ dalam bidang muzik,” ujarnya.

Selain itu, dia juga memuji suara Amira yang sedap didengari dan mempunyai signatur tersendiri.

“Saya meminati suara dia dan saya pernah cakap yang suara ini bukan soal tinggi atau rendah tetapi lebih kepada nada.

“Saya suka seseorang yang memegang kepada konsep dan mereka hanya perlu tunggu masa untuk ‘spark’ (menyerlah) sahaja.

“Paling penting kita nak dengar penyanyi yang sedap didengar (easy listening) dan benda itu ada pada Amira. Nyanyian dia begitu sedap dengan ‘range’ yang sesuai,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ajai memuat naik gambar dalam Instagram bersama Amira sambil memberi bayangan akan menghasilkan sebuah karya khas buat wanita itu.

Difahamkan, lagu tersebut akan digunakan dalam drama lakonan pelakon Fattah Amin dan Amira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI