fbpx
SEEKOR ular sawa bersembunyi di alang dapur sebuah rumah. - Foto KhaoSod

Ular sawa hampir 4 meter sembunyi di alang dapur rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seekor ular sawa sepanjang hampir 4  meter ditemui berlingkar di atas alang dapur sebuah rumah di Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Ular itu memasuki rumah milik seorang wanita berusia 74 tahun di wilayah Ang Thong dan membaham seekor daripada lima kucing peliharaannya.

Warga emas dikenali sebagai Kasorn itu berkata, dia terdengar bunyi pelik pada waktu malam sebelum ternampak ular tersebut pada alang dapur rumahnya.

Perkhidmatan kecemasan tempatan dan Yayasan Poh Teck Tung dihubungi untuk datang  ke rumah mangsa.

Seorang sukarelawan dikenali sebagai Lek menilai keadaan dan setelah mendapati ular itu berada di tempat tinggi, dia menghubungi bantuan tambahan.

Seorang lagi sukarelawan daripada Persatuan Penyelamat Ang Thong dikenali sebagai Peter kemudian turut serta untuk menangkap ular sawa itu. 

Ular tersebut diukur sepanjang 3.90 meter dan penangkapannya melegakan Kasorn serta orang ramai yang berkumpul menyaksikan kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI