fbpx
Gambar hiasan

Polis berkas pemilik kedai pasang Jalur Gemilang terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung kes Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas semalam ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang esok.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, setakat ini pihaknya menerima 16 laporan di seluruh negara berhubung kes itu dengan 12 daripadanya dibuat di Pulau Pinang, manakala baki diterima dari luar negeri ini.

“Hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

“Lelaki ini merupakan pemilik kedai dan ditahan malam semalam di Kepala Batas.
Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya esok untuk cadangan pertuduhan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Alwi, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI