fbpx
Anwar

Anwar Ibrahim sambut ulang tahun ke-78 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-78.

Anwar, yang dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan seorang tokoh politik berpengaruh yang telah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang lebih lima dekad penglibatan beliau dalam arena politik negara.

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022, Anwar terus memacu agenda reformasi dan perpaduan nasional, sambil menekankan keutamaan terhadap kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi serta pembanterasan rasuah.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati para pemimpin lain turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Anwar serta mendoakan kesejahteraan buat beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN