fbpx
GAMBAR fail Trump (kiri) dan Putin. - Foto AFP

Trump jumpa Putin minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pertemuan yang lama dinanti antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin dijadualkan berlangsung minggu depan di negeri Alaska, lapor portal berita NBC News hari ini.

Trump membuat pengumuman itu melalui media sosial miliknya, Truth Social semalam.

“Pertemuan yang sangat dinanti-nantikan antara saya, sebagai Presiden AS dan Presiden Vladimir Putin dari Russia akan berlangsung pada Jumaat depan, 15 Ogos 2025 di negeri besar Alaska,” tulis Trump.

Butiran lanjut dan logistik pertemuan itu masih belum jelas dan sangat berubah-ubah, termasuk sama ada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky akan terlibat atau tidak.

Kedutaan Russia di Washington, D.C., tidak segera memberikan maklum balas tentang pengumuman tersebut.

Seorang pegawai White House berkata semalam bahawa Russia telah memberikan senarai tuntutan untuk kemungkinan gencatan senjata dalam perang di Ukraine yang tercetus pada 24 Februari 2022. .

Beliau berkata, pihak AS cuba mendapatkan persetujuan daripada Ukraine dan sekutu-sekutu Eropahnya.

Zelensky dan pegawai Ukraine sejak dahulu lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan menyerahkan mana-mana wilayah yang telah dirampas secara haram kepada Russia.

Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap White House, Karoline Leavitt memberitahu saluran berita NBC News: “Sejak mengambil alih perang ini (Ukraine) daripada Joe Biden (bekas presiden AS) enam bulan lalu, Trump  mahu ia (perang) berakhir di meja rundingan.” 

Sebelum ini, White House pernah mencadangkan kemungkinan pertemuan tiga pihak antara Trump, Putin dan Zelensky, tetapi Moscow menolak cadangan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI