fbpx
Tangkap layar lelaki warga Bangladesh dikasari dalam kejadian di kedai serbaneka di Kajang.

Polis cari saksi kes lelaki Bangladesh ‘sentuh’ kanak-kanak di kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KAJANG – Polis sedang mengesan saksi kejadian cabul melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka di sini, Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek dipercayai seorang pekerja warga Bangladesh kini diburu selepas video kejadian tular di akaun X @Negeri09 pada 8 Ogos lalu.

Katanya, rakaman itu memaparkan lelaki warga asing memegang dada mangsa dan melakukan gangguan seksual, selain terdapat seorang lelaki dikasari.

“Siasatan mendapati pengadu berusia 32 tahun membuat laporan polis pada 12 Mac lalu selepas anaknya menceritakan kejadian yang berlaku pada 27 Februari.

“Mangsa hanya mendedahkan perkara itu pada 11 Mac, kira-kira dua minggu selepas kejadian. Tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi dan saksi kejadian masih dikesan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Norfaziana Sirkam di talian 019-5759045 atau balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI