fbpx
Alexander (tiga dari kanan) mendengar taklimat semasa hadir ke Majlis Perasmian Feri Sri Tanjong 1 di Jeti Feri Jabatan Kerja Raya, Pengkalan Kubor dekat Tumpat hari ini. Foto oleh ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

Lebih 1,000 ‘black spot’ dikenal pasti di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti lebih 1,000 kawasan hitam atau ‘black spot’ yang dikesan kerap berlaku kemalangan melibatkan jalan persekutuan di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, lokasi yang dikenal pasti itu turut melibatkan kawasan tiada lampu jalan, selekoh tajam, persimpangan jalan dan jalan rosak.

Katanya, bagi kawasan yang mendesak, lampu solar sudah dipasang seperti yang dilaksanakan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak.

“Sebanyak 300 lampu solar di pasang di JRTB di Geri dan ia berfungsi dengan baik.

“Pemasangan lampu solar itu termasuk di lokasi kemalangan yang meragut nyawa seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini dan beberapa tempat lagi di laluan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Feri Sri Tanjong 1 di Jeti Feri Jabatan Kerja Raya, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander memberitahu, pihaknya akan memperluaskan pemasangan lampu solar ke kawasan yang berisiko berlaku kemalangan.

Menurutnya, KKR akan memohon lebih dana daripada Kementerian Kewangan agar dapat merancakkan kerja-kerja pemasangan lampu solar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI