fbpx
Anwar (kanan) menyampaikan Sumbangan Kepada Pondok-Pondok Yang Menghadiri Umran 2025 pada Majlis Ijtimak Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di UiTM Kampus Machang, Machang hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

Guru pondok perlu kuasai AI, benteng lawan sekular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Guru-guru pondok disarankan untuk menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan institusi yang menjadi benteng akidah umat Islam itu tidak kalah dengan serangan sekular melalui dunia teknologi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun memerlukan bidang tersebut, pengajian dan penggunaan kitab perlu dikekalkan di institusi pondok.

“Kita tidak ganggu dan amalan itu masih dikekalkan. Sebaliknya kita tambah dengan tuntutan baharu iaitu bidang AI. Tanpa penguasaan AI, kita akan kalah dan bidang itu akan hanya menjadi versi berasaskan barat.

“Walaupun tahu mengenai AI, kita perlu menguasai al-Quran. Oleh itu, anak-anak pondok perlu dilatih untuk menyertai teknologi dan mengisi keperluan semasa,” katanya semasa berucap pada Majlis Ijtimak Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang, Machang di sini hari ini.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1.03 juta melalui program Sumbangan Kepada Pondok-Pondok Yang Menghadiri Umran 2025.

Anwar menegaskan bahawa institusi pondok perlu diperkasa semula sebagai benteng menghadapi pengaruh sekular, kerosakan moral dan cabaran teknologi masa kini.

Katanya, sekolah pondok menjadi tunjang mempertahankan Islam sejak zaman penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) malah pernah menjadi benteng menentang penjajah suatu ketika dahulu.

“Kita pilih pondok-pondok itu dan jadikan ia benteng semula. Baru mencerminkan Madani dalam erti kata sebenar. Dahulu benteng lawan penjajah, sekarang kita perlu benteng lawan pengaruh sekular yang merosakkan anak-anak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI