fbpx
TANGKAP layar sebuah kereta Proton Exora (warna hitam) yang dipandu melawan arus ketika keluar dari simpang Taman Megah untuk ke Jalan Mersing pada Isnin lalu.

[VIDEO] Lelaki ditahan pandu Proton Exora lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang lelaki ditahan polis selepas dikesan memandu melawan arus di susur masuk persimpangan Taman Megah di kilometer 57.4 Jalan Batu Pahat – Mersing pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian dilakukan pada pukul 4 petang 4 Ogos itu turut hampir menyebabkan perlanggaran dengan sebuah kereta yang memasuki persimpangan berkenaan.

Katanya, susulan daripada rakaman yang ditularkan dalam laman Facebook itu, pihak polis berjaya mengesan dan menahan pemandu berusia 51 tahun pada 6 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan yang juga warga tempatan memandu sebuah kereta Proton Exora telah keluar dari Taman Megah menggunakan jalan susur masuk ke Taman Megah untuk keluar secara melawan arus secara berbahaya memasuki jalan menghala ke Mersing.

“Keadaan itu telah menyebabkan hampir berlaku perlanggaran dengan sebuah kereta memasuki simpang megah itu,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, kes disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM12,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI