fbpx
Anwar beramah mesra selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Tidak perlu campur tangan ASEAN secara menyeluruh isu Kemboja, Thailand – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Blok serantau ASEAN tidak perlu campur tangan secara menyeluruh dalam menangani konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja berikutan usaha penyelarasan dua hala yang sedang dipacu Malaysia sedang menunjukkan perkembangan positif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam konteks ini, kedua-dua Menteri Pertahanan negara terlibat telah memberi komitmen untuk mematuhi syarat ketat bagi menjamin pematuhan sepenuhnya terhadap kawalan senjata di kawasan sempadan.

“Saya sudah berjumpa dengan Menteri Pertahanan Thailand dan Kemboja yang mana sebelum ini sesi penyelarasan dikendalikan oleh Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera, kita sudah bincang secara terperinci perkara yang perlu dipatuhi di sempadan.

“Dan kita rasa tidak perlu lagi campur tangan ASEAN secara menyeluruh. Mereka mendukung ikhtiar ini dan menekankan kerjasama dua hala
Kemboja dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi libat urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat bersama Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphani di Kompleks Perdana Putra.

Anwar yang juga Pengerusi ASEAN berkata, menerusi hasil perbincangan itu, kedua-dua negara mengatakan kesediaan agar Malaysia terus memainkan peranan sebagai penyelaras utama.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sehingga hari ini, mereka mahu Malaysia teruskan menyelaras.

“Mereka beri komitmen untuk mematuhi syarat-syarat menjamin genjata-senjata itu diamalkan sepenuhnya.

“Dan untuk itu, kita akan terus ambil peranan. Hari ini, ada satu atau dua isu kecil, mudah-mudahan dapat diselesaikan. Atase pertahanan ASEAN juga akan bersama memantau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI