fbpx
LELAKI berstatus suami orang dicekup berdua-duan dengan seorang janda berusia 50-an di dalam sebuah bilik hotel di Muar, malam semalam.

Suami orang dicekup khalwat dengan janda tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang lelaki berstatus suami orang dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda anak tiga di dalam sebuah hotel di Bandar Muar di sini awal pagi semalam.

Jurucakap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj), pasangan itu ditahan selepas berdua-duaan di dalam bilik hotel semasa serbuan pada pukul 1 pagi.

“Kita telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang mempunyai isteri dan dua orang anak bersama seorang wanita berusia 50-an berstatus ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak.

“Kedua-duanya beralamat di Muar. Orang lelaki kebiasaannya keluar rumah waktu malam untuk tengok kawan-kawan memancing udang berhampiran jambatan Muar atau Masjid Muar, tetapi malam semalam dia ubah selera dengan ‘memancing’ di bilik hotel.

“Hasrat hendak sewa hotel murah takut kena tangkap khalwat dan lelaki tersebut sanggup keluar modal lebih sedikit janji selamat dengan menyewa hotel mahal dengan harga kira-kira RM240 semalam.

“Bayaran ini tak jadi masalah kepada lelaki tersebut kerana gajinya kira-kira RM4,000 apatah lagi gaji baru masuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar jurucakap itu, mereka ditangkap atas kesalahan khalwat dan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI