fbpx
Gambar hiasan

SPRM nafi keluarkan dokumen siasatan pornografi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan mengeluarkan sebarang dokumen berkaitan siasatan terhadap kes pornografi kanak-kanak seperti yang tular di media sosial dan emel.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM menegaskan dokumen yang menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM serta mencantumkan logo dan alamat rasmi suruhanjaya itu adalah palsu dan digunakan secara tidak sah untuk tujuan penipuan.

“Orang ramai diminta untuk tidak mudah terpedaya dengan sebarang mesej, emel atau dokumen meragukan yang kononnya dikeluarkan oleh SPRM.

“Sila semak kesahihan sebarang maklumat menerusi saluran rasmi kami,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelas SPRM, sebarang maklumat berkaitan boleh disemak menerusi laman sesawang www.sprm.gov.my, Facebook rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan talian bebas tol 1-800-88-6000.

“SPRM turut menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan dokumen palsu berkenaan dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej sedemikian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI