fbpx
SELANGOR menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala berprestij pada saingan musim ini. - FB SELANGOR FC

Selangor FC ikrar capai KPI trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAINGAN Liga Malaysia musim 2025/2026 dilihat menjadi ujian sebenar buat Selangor FC pamer kematangan untuk mencabar trofi utama selepas dibayangi kehebatan pasukan seteru, Johor Darul Ta’zim sejak 10 tahun lepas.

Sebelum ini, skuad Gergasi Merah sering dianggap sebagai pasukan yang sering mengimbau kenangan lampau, tetapi tekad untuk mengukir sejarah baharu.

Malah, petujuk indeks prestasi (KPI) yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk memastikan pasukan menjulang sekurangnya satu trofi berprestij pada musim ini wajib dilaksanakan.

Kini, pasukan Gergasi Merah berpeluang untuk mencipta kejutan apabila bertemu JDT pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi mengakui tidak mampu menjanjikan ‘bulan dan bintang’ tetapi percaya barisan pemain berusaha untuk menjulang trofi dan mencapai prestasi lebih baik berbanding musim lepas.

“Ya, saya mahu dapatkan satu gelaran pada tahun ini, sudah tentu bukan Piala Cabaran (yang dimenangi pada musim lalu). Kita perlu cuba dan pasukan harus bekerja keras.

“Namun, kita perlu perbaiki kelemahan musim lalu terutama aspek penyudah dan musim ini kita perlu tampil lebih baik. Pasukan perlu jaringkan lebih banyak gol dan benteng pertahanan kita mesti kurang bolos,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal menganggap aksi bertemu JDT sebagai ujian sebenar buat pasukan selepas mempamerkan prestasi ‘yo-yo’ sepanjang kempen pramusim yang lepas.

“Secara jujur, peluang untuk Selangor (menang ke atas JDT) di atas kertas, sangat berat sebenarnya.

“Namun, lumrah bola sepak kita tidak tahu apa kan jadi dan saya harap rakan-rakan sepasukan dapat berikan saingan terbaik pada perlawanan nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI