fbpx
Salah sebuah EV BYD dipandu keluar dari perut kapal pengangkut untuk dibawa ke kawasan khusus di Northport, Pelabuhan Klang kelmarin.

Kapal pengangkut BYD selamat tiba di Northport, Pelabuhan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal pengangkut  dari Zhengzhou, China yang membawa kenderaan BYD yang telah siap dipasang untuk pengguna di Malaysia kini telah tiba di Northport, Pelabuhan Klang kelmarin.

Kapal roll-on/roll-off (RORO) milik BYD yang berkapasiti 7,000 unit itu telah memulakan
pelayaran sulungnya ke Asia Tenggara dengan penghantaran  ke Filipina,
Indonesia dan Singapura.

Selepas Port Klang, hentian terakhirnya adalah di Thailand dan kembali semula ke China.

BYD Zhengzhou merupakan kapal ketujuh dalam armada kapal pengangkut khas milik
BYD, sekali gus membuktikan keupayaan rantaian bekalan dan logistik syarikat yang
kukuh dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan
elektrik (EV).

Armada ini adalah sebahagian daripada strategi eksport BYD yang semakin berkembang dan mencerminkan komitmennya terhadap Malaysia sebagai pasaran utama di rantau ini.

Pengarah Urusan Sime Motors bagi Asia Tenggara, Jeffrey Gan berkata, ini adalah satu pencapaian penting dalam kerjasama syarikat bersama BYD dan ia melambangkan keyakinan serta potensi pertumbuhan Malaysia sebagai hab EV yang penting.

“Dengan pengukuhan rantaian bekalan serantau melalui kapal pengangkut
BYD, kami kini dapat menjamin masa penghantaran yang lebih singkat, sekali gus mempertingkatkan keupayaan kami untuk memberikan kepuasan pelanggan yang lebih
baik. Ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.”

“Ini juga mempersiapkan kami untuk menyokong jumlah penghantaran yang lebih besar pada masa akan datang, seiring dengan usaha untuk mempercepatkan penerimagunaan EV di Malaysia melalui ekosistem dinamik yang merangkumi jualan, selepas jualan dan pendidikan pengguna, dalam menuju ke arahmasa depan yang lebih bersih, pintar dan mampan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Dengan mengendalikan armada penghantarannya sendiri, BYD memperoleh kawalan
yang lebih besar ke atas aspek penting dalam rantaian bekalan EV, khususnya ketika
China terus menerajui eksport EV di peringkat global.

Hasil daripada sistem logistik yang lebih efisien, BYD Malaysia dan Sime Motors terus
memperkukuhkan kerjasama mereka sambil merealisasikan matlamat bersama untuk
menyediakan EV kepada rakyat Malaysia dengan lebih pantas dan boleh dipercayai.

Inisiatif ini disokong oleh lebih 35 pusat jualan BYD di seluruh negara, dengan sasaran
untuk mencapai 60 pusat jualan BYD menjelang akhir tahun 2026.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI