fbpx
ARIF Aiman mengakui kehadiran muka baharu mampu menjadikan JDT lebih kuat berbanding apa yang dipamerkan musim lalu. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

JDT lebih kuat berbanding musim lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REPUTASI luar biasa yang dibina sejak sedekad lalu dan kehadiran beberapa pemai warisan gred A meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada kelas tersendiri untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bakal membuka tirai, malam esok.

Harimau Selatan mendominasi semua piala yang dipertandingkan musim lalu di mana menyaksikan JDT memiliki kelebihan 18 mata ketika mengesahkan mahkota kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.

Kali ini, skuad kendalian jurulatih dari Sepanyol, Xisco Munoz itu seakan sekadar menentang diri sendiri dan agak sukar untuk meneka pesaing terdekat untuk menghadirkan cabaran.

Pemain Paling Bernilai (MVP) empat kali, Arif Aiman Hanapi juga memberi bayangan skuad kali ini akan tampil dengan lebih cemerlang berbanding apa yang dipersembahkan musim lalu.

“Sememangnya dengan kehadiran pemain warisan baharu akan membentuk pasukan yang lebih baik. Untuk saya, ia (kehadiran pemain warisan dan import) bukan sekadar akan memberikan pengalaman, tetapi membuka peluang kepada saya untuk belajar.

“Mereka pernah bermain di liga terbaik, jadi sudah pasti saya boleh ambil pengajaran untuk diri saya. Selama aksi pramusim juga saya dapat pengalaman terutamanya untuk belajar sesuatu ketika menentang lawan yang luar biasa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI