fbpx
Zambry (kiri) melawat reruai selepas merasmikan 32nd IEEE International Symposium on the Physical and Failure Analysis of Integrated Circuits (IPFA 2025) di Bayan Lepas, hari ini.

Dua politeknik semak semula kursus seiring industri semikonduktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Dua politeknik di utara tanah air akan menyemak semula kursus yang ditawarkan bagi memastikan ia seiring dengan keperluan industri semikonduktor yang sedang pesat berkembang.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, arahan telah diberikan kepada politeknik di Balik Pulau dan satu lagi di Kulim supaya meneliti semula modul pengajian yang ditawarkan dan merangka semula program yang lebih relevan dengan industri semasa.

Menurutnya, langkah itu penting bagi melahirkan tenaga kerja teknikal yang kompeten sekali gus menyokong pertumbuhan sektor semikonduktor yang semakin berkembang di wilayah utara.

“Kita tidak mahu perubahan dalam pendidikan tinggi ini hanya tertumpu kepada universiti semata-mata.

“Politeknik juga perlu bersedia dan memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan industri terutama dalam bidang teknikal seperti semikonduktor,” katanya selepas merasmikan 32nd IEEE International Symposium on the Physical and Failure Analysis of Integrated Circuits (IPFA 2025) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI