fbpx
Ahmad Kamal (duduk kiri) bersama dua anak lelakinya menerima kunjungan Mas Imran serta Faridah di Taman Dato’ Penggawa Barat, Johor Bahru.

Dahulu hidup senang, kini diuji ujian berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang bapa tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU) terus tabah membesarkan dua anak lelakinya ­biarpun dalam serba kekurangan di rumah mereka di Taman Dato’ Penggawa Barat di sini.

Ahmad Kamal Kadir, 58, di­serang strok separuh badan lapan tahun lalu sebelum kese­mua jari kaki kanan terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman akhir tahun lepas sehingga menyebabkan pergerakannya tidak stabil.

“Saya akui kehidupan kini bukan lagi sebagai orang senang, sebelum ini saya kontraktor dan memilih kehidupan selesa, namun kini saya diuji Allah.

“Kini saya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, selain sumbangan kenalan untuk membayar rumah sewa dan membeli barangan keperluan.

“Memang saya kerap ikat perut kerana ketika ini, keutamaan adalah anak-anak yang berusia 9 dan 10 tahun,” kata Ahmad Kamal ketika ditemui di kediamannya di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam serta Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ehsan Penyayang, Faridah Mustafa yang menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan.

Ahmad Kamal berkata, dia tetap bersyukur kerana kedua-dua anaknya itu memahami ke­sukaran hidup yang mereka hadapi ketika ini.

“Banyak keperluan termasuk kelengkapan sekolah saya tidak mampu sempurnakan.

“Isteri saya warga Indonesia, dia sudah meninggalkan kami akibat masalah keluarga dan kami sudah terputus hubungan sejak tujuh tahun lalu,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Ahmad Kamal yang bernombor 101132413218.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN