fbpx
Trump dan Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan sidang akhbar di White House, Washington, DC pada 13 Februari lalu. - AFP

AS naikkan tarif import India kepada 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif yang mengenakan tarif tambahan 25 peratus kepada India bagi pembelian minyak dari Russia, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Ia sekali gus menaikkan jumlah tarif import India ke AS kepada 50 peratus, menjadikannya antara kadar tertinggi yang dikenakan oleh Washington.

Kadar baharu itu akan berkuat kuasa pada 27 Ogos depan, demikian menurut perintah eksekutif tersebut.

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Kementerian Luar India berkata, New Delhi telah menjelaskan pendiriannya terhadap import dari Russia dan mengulangi bahawa tarif itu tidak adil, tidak wajar dan tidak munasabah.

“Oleh itu, adalah amat malang bahawa AS harus memilih untuk mengenakan tarif tambahan ke atas India untuk tindakan yang turut diambil oleh beberapa negara lain demi kepentingan negara mereka.

“India akan mengambil semua tindakan yang perlu untuk melindungi kepentingan nasionalnya,” kata kenyataan tersebut.

Russia merupakan penjual minyak terbesar ke India, dengan menyumbang lebih 35 peratus daripada keseluruhan bekalan negara itu, demikian menurut platform data komoditi global Kpler. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI