fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Filladama_camara menunjukkan reaksi anaknya terkejut selepas mendengar deruman motosikal.

[VIDEO] ‘Benci bunyi motosikal macam tu, sakit hati dengar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Disebabkan satu hantaran video tular di media sosial, penunggang motosikal yang gemar mengubah suai motosikal hingga mengeluarkan bunyi deruman enjin kuat dikecam hebat oleh netizen.

Video tersebut dimuat naik oleh pempengaruh terkenal, @filladama_camara di TikTok yang memaparkan detik anak perempuannya, Assara, menangis terkejut selepas terdengar bunyi motosikal dari luar rumah.

Ketika kejadian, bayi tersebut berada di dalam ruangan lain namun tetap terkejut dengan bunyi kuat yang kedengaran dari luar.

“Mommy pun terkejut sebab Assara tak pernah menangis macam ni,” katanya.

Tindakan tidak sensitif itu menerima kecaman ramai yang menyifatkan perbuatan membunyikan enjin terlalu kuat di kawasan perumahan sebagai tidak bertanggungjawab.

“Sumpah meluat dengan orang ubah ekzos macam itu, tak kisah kereta ke motosikal memang serabut,” ujar @Masheeezulkifliiii.

“Benci bunyi motor macam tu, sakit hati dengar,” @Cik Kiah.

“Memang sakit hati dengan makhluk yang suka pasang ekzos kuat. JPJ tolonglah pantau,” ujar @Eynasham – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI