fbpx
Tangkap layar kejadian pukul yang tular sebelum ini.

Pukul rakan sekelas: Dua pelajar lelaki mengaku salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Dua pelajar lelaki Tingkatan Satu mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berkelakuan tidak sopan dengan menampar rakan sekelas dalam kejadian tular di sebuah pusat beli-belah di sini.

Kedua-dua pesalah juvana berusia 13 tahun membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.

Berikutan pengakuan bersalah itu, mahkamah kemudian menetapkan 18 September ini bagi laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hukuman dijatuhkan.

Dalam pada itu, semasa prosiding pendakwaan terhadap remaja dibuat dalam prosiding tertutup kerana tertuduh merupakan pesalah bawah umur.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama telah didapati berkelakuan kurang sopan dengan cara menampar seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di tempat awam bagi tujuan mengganggu keamanan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat beli-belah di sini pukul 11 pagi pada 30 Julai lalu yang didakwa mengikut seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM100.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Alia Safri manakala peguam Lee Tee Kiat mewakili kedua-dua pesalah juvana itu.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua remaja itu masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan tidak puas hati dengan cara bercakap dipercayai punca seorang pelajar dipukul rakan sekelas di sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, sebanyak sembilan keterangan saksi diambil termasuk empat pelajar yang ditahan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN