fbpx
Wanita itu selamba meletakkan motosikalnya di tengah jalan yang sempit. - Instagram

Laluan sempit, lagi mahu parkir motosikal atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menerima kecaman ramai kerana meletakkan motosikalnya di atas jalan sempit sehingga mencetuskan kesesakan lalu lintas, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @endinuncle menunjukkan wanita terbabit sedang menunggang motosikal sebelum berhenti di hadapan sebuah warung. 

Dia secara bersahaja meletakkan motosikalnya di tepi jalan yang sempit walaupun depan warung itu mempunyai ruang kosong. 

Meskipun dibunyikan hon beberapa kali, wanita tersebut tidak mengendahkan amaran itu dan bergegas masuk ke dalam warung. 

Rakaman itu mencatatkan 1.3 juta tontonan dan mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

“Langgar sahaja motosikal itu,” kata seorang netizen. 

“IQ rendah. Lain kali belajar undang-undang lalu lintas,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI